Home » » Peraturan - Isyarat Dan Definasi

Peraturan - Isyarat Dan Definasi

Written By Pentadbir on Saturday, February 22, 2014 | 9:41 PM

Papan Isyarat
IsyaratDefinasi
Paparan:
10 Minit (10’)
(Zon Menunggu)
  • Penunggang simpanan (sekiranya ada) yang tidak dibenarkan bermula dalam Perlumbaan hendaklah meninggalkan Zon Menunggu.
  • Laluan masuk dari paddock ke Zon Menunggu ditutup.
  • Pintu masuk dari Zon Menunggu ke litar dibuka,
  • Penunggang beredar untuk meninjau lap.
Paparan:
4 Minit (4’)
(Zon Menunggu)
  • Laluan masuk dari litar ke Zon Menunggu ditutup,
  • Grid permulaan dikosongkan,
  • Pada isyarat wisel, semua kecuali penunggang, satu mekanik dan pemegang payong untuk satu penunggang kru televisyen dan pegawai berkaitan, hendaklah meninggalkan Zon Menunggu.
  • Penunggang yang menghadapi masalah mekanikal semasa peninjauan lap dan/atau gagal membawa motorsikal mereka ke dalam Zon Menunggu pada masa yang ditetapkan, akan dibatalkan daripada Perlumbaan yang dsebutkan,
  • Penunggang bersedia untuk permulaan
Paparan:
15 saat (15”)
(Permulaan)
  • 15 saat sehingga prosidur permulaan memasuki fasa terakhir.
Paparan:
5 saat (5")
(Permulaan)
  • Pintu permulaan akan dijatuhkan dalam tempoh 5 ke 10 saat

Isyarat Bendera
Warna Bendera Dan Isyarat Definasi
Bendera Merah
  • Semua penunggang dikehendaki memberhentikan kenderaan
    (Semua pembatalan permulaan ditunjukan dengan cara melambaikan bendera merah)
Bendera Hitam dan Paparan nombor penunggang
  • Penunggang yang ditujukan dikehendaki berhenti
Bendera Kuning
Diangkat tanpa dilambai
  • Bahaya,
  • tunggang berhati-hati
Bendera dilambai
  • Bahaya berhampiran,
  • Sedia untuk berhenti
  • Dilarang memintas/memotong
Bendera Biru dilambaikan
  • Amaran, anda akan diambil tindakan
Bendera Hijau
  • Laluan selamat untuk memulakan perlumbaan
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Anda ada blog berkaitan dengan Motocross? Atau, anda ada berita mengenai sebarang pertandingan ditempat anda yang ingin diwar-warkan? Tinggalkan di ruangan Comments dan kami akan berusaha membantu anda.
Bersama memajukan sukan bermotorsikal di Malaysia!